sukan

Terkini: Tang Jie-Ee Wei cipta kejutan keatas wakil tuan rumah

Terbuka China 2025: Tempoh 34 minit diperlukan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, untuk menempah slot awal ke suku akhir Terbuka China 2025 di Pusat Gimnasium Sukan Olimpik Changzhou, sebentar tadi.

Mereka menewaskan wakil tuan rumah, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, menerusi aksi staright set, 22-20, 21-17 dalam kejohanan yang berstatus Super 1000 itu.

Wakil negara bergelut dalam awal set pertama apabila ketinggalan 6-13, namun mereka kembali memperkemaskan permainan untuk bangkit dengan kemanangan 22-20.

Momentum itu diteruskan dengan serangan yang kemas hingga memaksa wakil China di ranking ke-39 dunia itu melakukan kesilapan mudah dan akur tewas 17-21.

sumber:- stadium astro

Tang Jie-Ee Wei yang merupakan pilihan keempat kejohanan itu akan berdepan lawan di ranking ke sembilan dunia dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, dalam perlawanan suku akhir esok.