sukan

(Terkini) Terbuka Indonesia: Harapan balas dendam Haikal-Hon Jian keatas beregu lelaki dari Jepun musnah

Mohd Haikal Nazri-Choong Hon Jian bagaikan mengangkat bendera putih ketika tidak bermaya dalam misi melunaskan hajat untuk membalas dendam ke atas beregu lelaki dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, menerusi Terbuka Indonesia, sebentar tadi.

Selepas turut dihantui lawan serupa dalam Terbuka Malaysia yang lalu, Langkah Haikal-Hon Jian dalam siri super 1000 di Istora Senayan, Jakarta, itu terhenti dalam pusingan 32 — juga menerusi straight set.

sumber:- stadium astro

Mereka sama sekali tenggelam apabila tumpas 13-21, 9-21 yang menyaksikan mereka dua kali melepaskan enam mata berturut-turut dalam set kedua.