sukan

TERKINI: Terima kasih Perak. Operasi dihentikan serta merta, pemain bebas cari kelab lain

Tiada apa yang tinggal buat The Bos Gaurus.

Selepas tidak membuat permohonan Lesen Kebangsaan, Perak secara rasminya tidak akan bertanding dalam Liga Super musim hadapan.

Keputusan First Instance Body (FIB) bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) turut mengesahkan bahawa kelab tersebut tidak akan mengambil bahagian.

Menurut kenyataan media, Perak menghentikan semua operasi serta merta tatkala pelaburan sebanyak RM40 juta telah habis dan tiada lagi baki yang tinggal untuk dibelanjakan.

Pahit untuk ditelan, semua pemain dan barisan kejurulatihan diminta meninggalkan kelab dan bebas mencari pasukan lain.

sumber:- stadium astro

Pengurusan telah menghantar pulang pemain import, sambil membayar mengikut kemampuan kepada semua menggunakan baki dana yang tinggal.