sukan

(Terkini)Hoki Piala Negara-Negara: Keputusan aksi Malaysia berdepan Jepun

Skuad hoki negara mengatasi Jepun 2-1 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Bagaimanapun kemenangan itu masih gagal untuk membawa pasukan bimbingan Sarjit Singh itu ke separuh akhir gara-gara perbezaan jumlah jaringan dengan pasukan di tangga kedua, Pakistan.

Selepas terikat 3-3 dengan Pakistan dan tewas 3-4 dengan New Zealand, The Speedy Tigers tiada pilihan selain memastikan kemenangan dengan kelebihan dua gol ke atas Jepun.

Misi itu seakan-akan dapat direalisasikan apabila Norsyafiq Sumantri membuka jaringan seawal minit kelima dan Azrai Aizad Abu Kamal melebarkan kelebihan itu pada minit ke-26.

Bagaimanapun, skuad negara kemudian tidak dapat menambah jaringan dan keadaan itu jelas mengundang padah apabila Koji Yamasaki menemui sasaran buat Jepun pada empat minit terakhir.

sumber:- stadium astro

Ia menyaksikan skuad negara terpaksa akur gagal menepati sasaran ke separuh akhir seperti yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sebelum kejohanan bermula.