Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, terpaksa akur ditunjukkan jalan keluar selepas tewas kepada lawan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran, dalam saingan suku akhir Terbuka Singapura, di Stadium Tertutup Singapura, sebentar tadi.
Pertembungan selama 1 jam empat minit itu berlangsung dalam rubber set dengan Soon Huat-Shevon Lai tewas 21-19,20-22,17-21.
Lawan dari Thailand yang berada di ranking kelapan dunia itu bergelut apabila kerap melakukan kesilapan mudah untuk memberikan wakil negara selesa mendahului 13-7, walaupun mereka cuba bangkit tetapi Soon Huat-Shevon Lai terlebih dahulu menamatkan set pertama dengan kemenangan 21-19.
sumber:- stadium astro
Begitupun, Soon Huat-Shevon Lai yang turun selaku pilihan pertama kejohanan itu diheret ke set penentuan selepas tewas melawan 20-22, sebelum ditunjukan jalan keluar selepas tewas dalam set penentuan 17-20.