KUALA LUMPUR: Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei turut bersoladiriti bersama pemain Selangor FC, Faisal Halim yang menjadi mangsa simbah asid.
Chong Wei yang juga bekas pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia menitipkan kata-kata semangat buat Faisal dan percaya tonggak Harimau Malaya itu akan kembali bangkit.
“Terus kuat Faisal Halim. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Anda akan kembali bangkit dengan lebih kuat. Sabar dan percaya. Fokus kepada proses pemulihan dan kami semua menunggu kepulangan anda,” tulis Chong Wei di Facebook miliknya.
Semalam, Faisal membuat kemunculan pertama di depan khalayak umum menerusi satu sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam.
Pada 5 Mei lalu arena bola sepak negara dikejutkan apabila Faisal menjadi mangsa simbah asid di sebuah pusat beli belah Kota Damansara.
sumber:-BH
Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.