sukan

Tok Gajah resah dihimpit masalah

KUANTAN: Faktor kecederaan membelenggu Sri Pahang FC menjelang pertemuan dengan Perak FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Sabtu ini.

Pengendalinya, Fandi Ahmad berkata, kecederaan beberapa pemain menjejaskan persiapan ketika skuad Tok Gajah mahu mengutip tiga mata di halaman sendiri.

“Sudah pasti Sri Pahang akan berusaha dengan pemain sedia ada walaupun ada beberapa pemain yang tidak boleh bermain akibat kecederaan.

“Inilah masalah besar yang dihadapi ketika ini tetapi pemain sedia ada perlu memberikan komitmen tinggi dan berada pada prestasi terbaik untuk menyekat lawan daripada membawa pulang mata,” katanya.

Fandi berkata, antara pemain yang tidak akan beraksi ialah Stefano Brundo, Aleksandar Cvetkovic, David Rowley dan Hasnul Zaim.

Namun, katanya, kecederaan kaki kanan Brundo yang lebih serius kerana sekurang-kurangnya enam minggu untuk pulih dan kembali ke pangkuan pasukan.

“Saya harap segala perancangan akan menjadi dan Sri Pahang akan kembali mencatat kemenangan selepas seri 2-2 ketika berdepan Kedah Darul Aman (KDA) FC minggu lalu,” katanya.

sumber:-BH

Selepas 10 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelapan liga dengan mengutip 11 mata.