sukan

Vietnam menjadi mangsa belasahan skuad wanita negara

SKUAD hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand pada Isnin.

Kemenangan itu sekali gus memberi tiga mata buat pasukan negara yang diberi julukan Malaysian Tigress dalam misi mereka merebut kejuaraan sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas iaitu di tempat ketiga, dan menempah tiket ke kejohanan Piala Dunia Hoki Dalam Dewan Wanita di Croatia tahun depan.

Ketua pengendali, Mohd Rodzhanizam Mohd Rodzi berkata, pemainnya mempamerkan disiplin yang baik, memudahkan skuad negara mengecapi kemenangan besar pada aksi pembukaan itu.

Beliau berkata, kemenangan itu bakal menambah keyakinan pasukan dalam menghadapi perlawanan kedua Kumpulan A menentang Oman petang ini.

sumber:-SH

Jaringan lain disumbang oleh Raja Norsharina Raja Shahbuddin (3′, 25′), Iren Hussin (4′, 30′, 38′), Siti Nur Arfah Mohd Nor (5′ 11′ 19′ 20′ 20′ 27′), Putri Nur Batrisyia Nor Nawawi (7′, 28′ 32′), Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (9′, 40′), Nuraslinda Said( 13′), Juliani Mohamad Din (22′ 35′) dan Fazilla Sylvester Silin (40′).