Pemain berdarah Malaysia-Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal, menamatkan penantian jaringan ketika membantu St Louis 2 mencatatkan kemenangan kelapan berturut-turut dalam saingan MLS NEXT Pro di St. David’s Performance Center, Austin hari ini.
Dalam perlawanan menentang Austin 2 itu, Wan Kuzain menjaringkan gol keempat ST Louis 2, sekali gus memastikan kemenangan 4-2 pasukannya
Ia merupakan jaringan pertama Wan Kuzain sejak menjalani pembedahan lutut pada pertengahan tahun lalu.
sumber:- stadium astro
St Louis II ketika ini sedang mendahului carta MLS NEXT Pro dengan 38 mata daripada 17 perlawanan.