PERAK FC menjadikan perlawanan persahabatan pertama menentang Geylang International FC malam ini sebagai medan menguji 24 pemain mereka.
Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, kehadiran beberapa pemain baharu menyaksikan persaingan sengit pemain untuk mengisi kesebelasan utama.
Menurutnya, perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan pasukan untuk melihat kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki.
“Perlawanan ini boleh dikatakan untuk melihat tahap kecergasan pemain walaupun dari segi kemenangan setiap individu yang beraksi inginkan kemenangan setiap perlawanan.
“Kita ada dua skuad untuk main esok (malam ini) bagi saya menilai tahap keyakinan mereka pada perlawanan pertama yang sukar melibatkan sebuah pasukan yang kuat,” katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar menjelang perlawanan Perak FC dan Geylang International FC di Stadium Perak malam tadi.
Hadir sama pada sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamsuddin; Pengurus Geylang International FC, Leornard Koh; Kapten pasukan Perak FC, Luciano Guaycochea dan Kapten pasukan Geylang International FC, Joshua Pereira.
sumber:-SN
Yusri berkata, pasukannya sudah memulakan persediaan menerusi latihan tiga minggu lalu sejak awal Mac selepas liga berhenti rehat.