sukan

Zamsaham dedah setuju jual Kelantan FC dengan nilai tersebut

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman menafikan pihaknya enggan menjual kelab terbabit hingga menyebabkan Kelantan Red Warrior FC (KRW) dikenakan larangan bermain oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana dikatakan memiliki persamaan identiti dengan Kelantan FC.

Jelas Norizam atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham, beliau pernah berunding untuk menjual Kelantan FC kepada Nik Hafiz Naim Nik Hassan.

Begitupun rundingan berkenaan gagal apabila sebaliknya Nik Hafiz menubuhkan KRW, sekali gus beliau menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduh dirinya enggan menjual Kelantan FC.

“Saya ada berikan pilihan percuma dan jual tetapi GSK (Nik dan kumpulan) tidak terima sebaliknya mahu membeli dan ‘control’ sepenuhnya TRW Kelantan FC.

“Perbincangan dari RM3 juta akhirnya saya setuju jual majoriti pegangan saham pada nilai RM300,000 tetapi akhirnya tiada jawapan dari Nik. Saya ada menghubungi Nik juga berkenaan bayaran ini, tapi tiba-tiba senyap.

“Sebaliknya Nik berjumpa KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) dan AFL (Liga Bolasepak Amatur) langsung dan menubuhkan KRW.Saya melihat KRW ingin menjadi TRW dengan nama Kelantan Red Warrior berserta logo yang menjadi milik rasmi TRW,” katanya di Facebook rasmi miliknya.

Mengulas lanjut mengenai tunggakan gaji bekas pegawai import pasukan Kelantan FC, beliau akui tidak tahu menahu mengenai tuntutan pegawai itu.

“Benarkah Pol Carpas (bekas penolong jurulatih) ada hubungi saya untuk tuntutan?.

sumber:- HM

“Saya tidak ada menerima sebarang panggilan dari Pol Carpos. Saya juga tidak tahu menahu tentang Pol buat laporan ke FIFA. Dapatkan berita dari kedua sisi dan jangan terus percaya dari sebelah ‘side’ sahaja,” katanya.